MAJLIS PENYERAHAN CEK RM100 RIBU KEPADA MASJID TAMAN JATI

 

IPOH 18 MEI 2016 - Majlis Penyerahan cek RM100 Ribu kepada Masjid Taman Jati telah berlangsung pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat ,5 Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).

Pihak MAIPk yang diwakili Tan Sri Dato Seri (Dr.) Haji Harussani telah memberi sumbangan RM 100,000.00 daripada dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) kepada pihak Masjid Taman Jati, Ustaz Ahmad Dzohiri bin Abdul Samad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Jati.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Dr. Amiruddin bin Muhamed, Timbalan Ketua Eksekutif Pengurusan MAIPk Tuan Mohd Haidi Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan MAIPk Puan Hajah Wan Maizura Binti Haji Wan Zahari serta pegawai-pegawai MAIPk. Semoga dana wakaf yang diterima ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi kebaikan kepada semua pihak.
 

JOM BERWAKAF

Klik butang di atas untuk urusan pendaftaran baru dan pembayaran wakaf

MUAT TURUN

Borang Potongan Gaji
Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Pelancaran Dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan
Teks Ucapan YDP MAIPk Pelancaran Dana Waqaf Perak A-Ridzuan
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (PDF)
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (EXCEL)

HADITH PILIHAN

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا مَاتَ الانْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلا مِنْ ثَلاثَةٍ اِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya Hadis sahih riwayat Muslim

Bab mendoakan orang yang memberi sedekah

رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم اِذَا اَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَيْهِمْ فَأَتَاهُ أَبِى أَبُوْ أَوْ فَى بِصَدَقَتِهِ فَقَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَى الِ أَبِى أَوْ فَى

Dari Abdullah bin Aufa r.a katanya:
Apabila satu kaum datang membawa sedekah mereka Beliau mendoakan : "Ya Allah, Berilah mereka rahmat" Abu Aufa datang membawa sedekahnya lalu beliau mendoakan "Ya Allah , berilah keluarga Abu Aufa rahmat." Hadis sahih riwayat Muslim

FACEBOOK KAMI

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi 1280 x 720. Pihak MAIPk tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hak Cipta Terpelihara 2015 - 2018 Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak. Powered by ZNN.