KUALA KANGSAR - Majlis Agama Islam dan - Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Cek Dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) kepada Masjid Ar-Rahmah,Kg Bendang Kering.

Majlis yang bermakna ini turut diserikan dengan kehadiran Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, Y.A. Bhg. Dato' Seri Haji Wan Fadzir Bin Haji Wan Hussain,Ketua Pegawai Eksekutif Maipk Dr.Amiruddin Bin Muhamed dan Pegawai Daerah Kuala Kangsar Tuan Haji Mior Mohamad Jamil Bin Mior Zakaria

Majlis ini dimulakan dengan sesi pengenalan mengenai wakaf dan dana WPAR yang disampaikan oleh Pengurus Baitulmal Daerah Kuala Kangsar, Encik Suhaimi bin Yusoff. Majlis diteruskan dengan ucapan Y.A. Bhg Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar dan seterusnya menyempurnakan majlis penyerahan cek berjumlah RM 100 ribu kepada pihak Masjid Ar-Rahmah.

Majlis yang bermakna ini turut dihadiri Pengurus Unit Pembangunan Ummah MAIPk Encik Zul Azri bin Hosaini, pegawai-pegawai MAIPk dan ahli jemaah masjid.

IPOH, 04 Mei 2016 - Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, YABhg. Tan Sri Dato' Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Van Wakaf kepada Sekolah Agama Rakyat Orang Asli,Kg Kenang Sg.Siput di Kompleks Islam Darul Ridzuan Ipoh. Van tersebut adalah sumbangan dari dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan MAIPk yang telah dilancarkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 07 April 2016 yang lalu.

Sekolah Agama Rakyat Orang Asli Kg.Kenang yang memulakan operasinya pada tahun 1994 merupakan satu-satunya sekolah agama rakyat yang dikhususkan kepada orang asli dan dibiayai sepenuhnya oleh MAIPk. Sekolah ini ditadbir oleh Bahagian Dakwah,Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) manakala para guru dilantik oleh MAIPk. Setiap tahun MAIPk memperuntukkan hampir RM1 juta bagi membiayai kos operasi dan pembelajaran pelajar-pelajar. Pada tahun 2016,kerja-kerja membina 1 blok bangunan 3 tingkat, surau dan beberapa lagi kemudahan lain dengan jumlah keseluruhan kos pembinaan melebihi RM4 juta.

 

 

Ayer Tawar, 6 Mei - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu majlis penyerahan cek dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) kepada Masjid Al-Aqsa Kampung Sungai Ramai dan Masjid Al-Hidayah,Seri Manjung.

Majlis ini dimulakan dengan sesi tazkirah mengenai wakaf dan dana WPAR yang disampaikan oleh Penolong Pengurus Unit Pembangunan Ummah MAIPk, Ustaz Mohammed Tasyreef bin Mohamad Tarmizi. Majlis diteruskan dengan ucapan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Dr. Amiruddin bin Muhamed dan seterusnya menyempurnakan majlis penyerahan cek berjumlah RM 100 ribu kepada Masjid Al-Aqsa dan RM20 ribu kepada Masjid Al-Hidayah. Majlis yang bermakna ini turut dihadiri Pengurus Unit Pembangunan Ummah MAIPk Encik Zul Azri bin Hosaini, pegawai-pegawai MAIPk dan ahli jemaah masjid.
 
 
 
 
 
 
 

Halaman 7 dari 8

JOM BERWAKAF

Klik butang di atas untuk urusan pendaftaran baru dan pembayaran wakaf

MUAT TURUN

Borang Potongan Gaji
Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Pelancaran Dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan
Teks Ucapan YDP MAIPk Pelancaran Dana Waqaf Perak A-Ridzuan
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (PDF)
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (EXCEL)

HADITH PILIHAN

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا مَاتَ الانْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلا مِنْ ثَلاثَةٍ اِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya Hadis sahih riwayat Muslim

Bab mendoakan orang yang memberi sedekah

رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم اِذَا اَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَيْهِمْ فَأَتَاهُ أَبِى أَبُوْ أَوْ فَى بِصَدَقَتِهِ فَقَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَى الِ أَبِى أَوْ فَى

Dari Abdullah bin Aufa r.a katanya:
Apabila satu kaum datang membawa sedekah mereka Beliau mendoakan : "Ya Allah, Berilah mereka rahmat" Abu Aufa datang membawa sedekahnya lalu beliau mendoakan "Ya Allah , berilah keluarga Abu Aufa rahmat." Hadis sahih riwayat Muslim

FACEBOOK KAMI

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi 1280 x 720. Pihak MAIPk tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hak Cipta Terpelihara 2015 - 2018 Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak. Powered by ZNN.