IPOH, 04 Mei 2016 – Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, YABhg. Tan Sri Dato’ Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Van Wakaf kepada Sekolah Agama Rakyat Orang Asli,Kg Kenang Sg.Siput di Kompleks Islam Darul Ridzuan Ipoh. Van tersebut adalah sumbangan dari dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan MAIPk yang telah dilancarkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 07 April 2016 yang lalu.
Â