IPOH, 07 April 2016: Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menganjurkan Majlis Pelancaran Waqaf Perak Ar-Ridzuan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Majlis yang dianjurkan oleh MAIPk ini disempurnakan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Majlis ini turut dihadiri Menteri Besar Perak, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, serta agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Gambar sekitar tapak projek pembinaan asrama pelajar USAS. Kerja-kerja pembinaan bagi blok A sudah hampir 35% dan blok B 15% siap.





Lawatan kerja MAIPk ke Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) pada 28-29 Oktober 2015.Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran dan penerangan berkenaan pengurusan dan pentadbiran hal ehwal waqaf,zakat dan Pusat Hemodialisis Wakaf di Negeri Johor.

KARNIVAL UKHUWAH MAIPK TELAH BERLANGSUNG PADA 31/10/2015 SEHINGGA 1/11/2015 BERTEMPAT DI MYDIN MALL,MERU.

Ceramah wakaf oleh Pu Yeop duta Wakaf Perak pada 28 Mei 2015 di Masjid Daerah Kampar

Halaman 2 dari 2