JOM BERWAKAF

KERJA-KERJA PEMBINAAN PUSAT HEMODIALISIS WAKAF
OKTOBER 2018
Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan permohonan zonning Pusat Hemodialisis Wakaf yang pertama di Masjid Alang Iskandar Shah, Kg. Dato Seri kamaruddin, Manjung. bangunan Pusat Hemodialisis ini berkeluasan 584.2 kaki persegi, lengkap dengan semua kemudahan dan peralatan yang diperlukan. Untuk permulaan sebanyak 12 mesin dialisis akan disediakan yang mana dianggarkan boleh menampung sehingga 36 pesakit sehari. Kerja-kerja pembinaan Pusat Hemodialisis akan dijalankan oleh Z.R Construction Sdn. Bhd. bermula pada bulan Oktober 2018 dan dijangka siap pada bulan Mac 2020.
Nama syarikat yang dilantik : Z.R Construction Sdn. Bhd.
Tarikh lantikan : 17 Oktober 2018
Tarikh mula kerja : 17 Oktober 2018
Tarikh jangka siap : 11 Mac 2020 (72 minggu)
WAKAF ILMU - PROGRAM CREATIVITY IN MATHEMATICS EDUCATION
22 Mac 2018, Teluk Intan - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk, telah mengadakan satu Bengkel “Creativity In Mathematics Education” di bawah Wakaf Ilmu Program MUMTAZ, Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR).
Program ini dikendalikan oleh Pakar Matematik yang terkenal, Puan Teoh Poh Yew daripada Creative Wizard Sdn. Bhd. dan ianya merupakan program kedua yang dijalankan bersama Puan Teoh setelah program pertama yang dijalankan pada bulan Ogos 2017 untuk guru-guru tingkatan 1 Daerah Kinta Utara, mendapat sambutan yang baik.
Bengkel “Creativity in Mathematics Education” ini bermatlamat memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan kaedah pengajaran mata pelajaran Matematik yang lebih berkesan untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut bersesuaian dengan abad ke-21 ini dimana para guru ditugaskan untuk mendidik dan mengajar murid mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan juga cara untuk berfikir secara kreatif dan kritis.
MAJLIS PENYERAHAN BOT WAQAF PERAK AR-RIDZUAN OLEH UniKL MIMET KEPADA MAIPk