MOH WAKAF – TERAS KEBAJIKAN & KEMASLAHATAN UMMAH

 

Wakaf Perak Al Ridzuan (WPAR) menyeru orang ramai untuk bersama menyumbang wakaf tunai dalam merealisasikan projek-projek kebajikan yang memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat.

Inisiatif Wakaf yang dilaksanakan:

1. Wakaf Mesin Layan Diri
Penyediaan mesin layan diri yang menawarkan makanan, minuman dan keperluan asas secara percuma atau bersubsidi kepada pelajar IPT yang memerlukan dan dapat membantu meringankan beban sara hidup golongan pelajar.

2. Wakaf Rumah Transit
Pembinaan rumah penginapan sementara bagi keluarga pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital dan memberikan kemudahan tempat tinggal yang selesa dan selamat di lokasi strategik.

3. Wakaf Pusat Perniagaan
Pembangunan pusat perniagaan di atas tanah wakaf yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi ummah serta membuka peluang pekerjaan dan menjana pendapatan kepada penduduk setempat.

Ayuh, gandakan saham jariah anda hari ini.

Sumbangan anda menjadi pelaburan berterusan untuk dunia dan akhirat.

Imbas kod QR atau layari portal:
https://wakafperak.maipk.gov.my

 

JOM BERWAKAF

Klik butang di atas untuk urusan pendaftaran baru dan pembayaran wakaf

MUAT TURUN

Borang Potongan Gaji
Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Pelancaran Dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan
Teks Ucapan YDP MAIPk Pelancaran Dana Waqaf Perak A-Ridzuan
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (PDF)
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (EXCEL)

HADITH PILIHAN

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا مَاتَ الانْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلا مِنْ ثَلاثَةٍ اِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya Hadis sahih riwayat Muslim

Bab mendoakan orang yang memberi sedekah

رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم اِذَا اَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَيْهِمْ فَأَتَاهُ أَبِى أَبُوْ أَوْ فَى بِصَدَقَتِهِ فَقَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَى الِ أَبِى أَوْ فَى

Dari Abdullah bin Aufa r.a katanya:
Apabila satu kaum datang membawa sedekah mereka Beliau mendoakan : "Ya Allah, Berilah mereka rahmat" Abu Aufa datang membawa sedekahnya lalu beliau mendoakan "Ya Allah , berilah keluarga Abu Aufa rahmat." Hadis sahih riwayat Muslim

FACEBOOK KAMI

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi 1280 x 720. Pihak MAIPk tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hak Cipta Terpelihara 2015 - 2018 Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak. Powered by ZNN.