MOH BERWAKAF – TERAS AGAMA UNTUK KESEJAHTERAAN UMMAH

 

Wakaf Perak Al Ridzuan (WPAR) membuka ruang amal jariah kepada orang ramai untuk menyumbang kepada pembangunan wakaf dalam bidang agama dan dapat menyantuni keperluan rohani masyarakat secara berterusan.

1. Wakaf Surau Bergerak
Kemudahan surau mudah alih yang diubahsuai daripada bas bagi memberi ruang kepada orang ramai menunaikan solat ketika menghadiri program atau acara di kawasan terbuka seperti padang dan dataran. Inisiatif ini membantu menyediakan ruang ibadah yang selesa dan patuh syariah walau di mana jua.

2. Wakaf Program Tahsin Al-Quran Warga Emas
Menyediakan kemudahan pembelajaran Al-Quran untuk warga emas secara percuma di Pusat Warga Emas (PWE) Bait Ar-Ridzuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Ia merangkumi keperluan infra, kemudahan pembelajaran dan kos tenaga pengajar dalam suasana yang selesa dan kondusif.

Sumbangan anda adalah pelaburan akhirat yang berkekalan.
Ayuh, sokong usaha dakwah dan pendidikan agama melalui wakaf tunai.

Imbas kod QR atau layari:
https://wakafperak.maipk.gov.my

 

JOM BERWAKAF

Klik butang di atas untuk urusan pendaftaran baru dan pembayaran wakaf

MUAT TURUN

Borang Potongan Gaji
Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Pelancaran Dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan
Teks Ucapan YDP MAIPk Pelancaran Dana Waqaf Perak A-Ridzuan
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (PDF)
Jadual Ibadah Bulan Ramadhan (EXCEL)

HADITH PILIHAN

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا مَاتَ الانْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلا مِنْ ثَلاثَةٍ اِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya Hadis sahih riwayat Muslim

Bab mendoakan orang yang memberi sedekah

رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم اِذَا اَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَيْهِمْ فَأَتَاهُ أَبِى أَبُوْ أَوْ فَى بِصَدَقَتِهِ فَقَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَى الِ أَبِى أَوْ فَى

Dari Abdullah bin Aufa r.a katanya:
Apabila satu kaum datang membawa sedekah mereka Beliau mendoakan : "Ya Allah, Berilah mereka rahmat" Abu Aufa datang membawa sedekahnya lalu beliau mendoakan "Ya Allah , berilah keluarga Abu Aufa rahmat." Hadis sahih riwayat Muslim

FACEBOOK KAMI

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi 1280 x 720. Pihak MAIPk tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hak Cipta Terpelihara 2015 - 2018 Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak. Powered by ZNN.