Ogs 02

Waqaf Perak Ar-Ridzuan melalui projek Wakaf Ilmu-Program MUMTAZ telah berjaya menjalankan program perintis dengan mengadakan Seminar Kecemerlangan UPSR 2016 bermula dari 29-31 Julai 2016 bertempat di Kampus Sultan Azlan Shah,UPSI.

KUALA KANGSAR - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Cek Dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) kepada Masjid Ar-Rahmah,Kg Bendang Kering. Majlis yang bermakna ini turut diserikan dengan kehadiran Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, Y.A. Bhg. Dato' Seri Haji Wan Fadzir Bin Haji Wan Hussain,Ketua Pegawai EksekutifMaipk Dr.Amiruddin Bin Muhamed dan Pegawai Daerah Kuala Kangsar Tuan Haji Mior Mohamad Jamil Bin Mior Zakaria

IPOH 18 MEI 2016 – Majlis Penyerahan cek RM100 Ribu kepada Masjid Taman Jati telah berlangsung pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat ,5 Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).

Ayer Tawar, 6 Mei – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu majlis penyerahan cek dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) kepada Masjid Al-Aqsa Kampung Sungai Ramai dan Masjid Al-Hidayah,Seri Manjung.

IPOH, 04 Mei 2016 – Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, YABhg. Tan Sri Dato’ Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Van Wakaf kepada Sekolah Agama Rakyat Orang Asli,Kg Kenang Sg.Siput di Kompleks Islam Darul Ridzuan Ipoh. Van tersebut adalah sumbangan dari dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan MAIPk yang telah dilancarkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 07 April 2016 yang lalu.
 
Halaman 1 dari 2