Dis 10

Pusat hemodialisis wakaf dirancangkan untuk dibangunkan di setiap daerah bertujuan memberi akses dan kemudahan rawatan dialisis bagi menampung keperluan pesakit yang semakin meningkat. Dana terkumpul akan digunakan untuk pembinaan pusat rawatan, penyediaan kemudahan dan peralatan termasuk mesin dialisis. Usaha ini digerakkan bagi membantu meringankan bebanan kos rawatan yang semakin meningkat dan sekaligus sebagai usaha murni membantu ummah yang memerlukan.

KOS BAGI MEMBANGUNKAN PUSAT DIALISIS INI ADALAH RM10,000,000.00 (tidak termasuk mesin dialisis)

Dis 16


WAKAF PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN ILMU AL-QURAN DI NEGERI PERAK

WPAR berhasrat untuk menyebar luas ilmu Al-Quran dalam kehidupan ummah melalui pembelajaran, pengajian, pemahaman, penghayatan dan pengaplikasian ilmu al-Quran tanpa mengira sempadan usia. Di penghujungnya, ianya bukan sekadar berjaya mewujudkan ummah yang menguasai dan membudayakan Al-Quran dalam kehidupan bahkan melahirkan tenaga daie yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran ilmu al-Quran.

Kos

Untuk projek wakaf ini memerlukan sebanyak RM 5 Juta

Dis 16

Bagi mengatasi keperluan mendesak penempatan bagi pelajar-pelajar USAS yang kini berjumlah lebih 4000 orang, WPAR mengambil inisiatif untuk menampung kekurangan tersebut dengan membina dua blok bangunan kediaman yang mampu menampung seramai 720 pelajar. Pada masa ini, kerja-kerja awalan telah dijalankan di tapak pembinaan berhampiran Kampus USAS.

DANA YANG DIPERLUKAN ADALAH 15,000,000.00 juta.

Kerja-kerja pembinaan bagi blok A sudah hampir 35% dan blok B 15% siap.






Dis 10

WAQF BUSINESS CENTRE (WBC)

WPAR mengambil inisiatif untuk membantu usahawan yang sedang berniaga secara kecil-kecilan dengan menyediakan ruang niaga yang lebih selesa dan teratur dengan kadar sewaan yang mampu mereka tanggung. Premis perniagaan dengan rekabentuk moden dan infrastruktur yang lengkap akan dibina di atas tanah wakaf dan Baitulmal di lokasi strategik serta berdaya maju di seluruh Negeri.

Kos bagi pembangunan Waqf Business Centre (WBC) ini adalah sebanyak RM 20 juta.

Halaman 1 dari 2