Pihak MAIPk yang diwakili Tan Sri Dato Seri (Dr.) Haji Harussani telah memberi sumbangan RM 100,000.00 daripada dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) kepada pihak Masjid Taman Jati, Ustaz Ahmad Dzohiri bin Abdul Samad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Jati.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Dr. Amiruddin bin Muhamed, Timbalan Ketua Eksekutif Pengurusan MAIPk Tuan Mohd Haidi Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan MAIPk Puan Hajah Wan Maizura Binti Haji Wan Zahari serta pegawai-pegawai MAIPk.
Semoga dana wakaf yang diterima ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi kebaikan kepada semua pihak.
