Administrator

Administrator

purus habitasse metus libero neque augue mauris vehicula ipsum nibh, vulputate blandit sodales feugiat elementum nec morbi suscipit sociosqu, a aliquam cursus semper pharetra augue id suscipit.

Ayer Tawar, 6 Mei – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu majlis penyerahan cek dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) kepada Masjid Al-Aqsa Kampung Sungai Ramai dan Masjid Al-Hidayah,Seri Manjung.

IPOH, 04 Mei 2016 – Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, YABhg. Tan Sri Dato’ Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Van Wakaf kepada Sekolah Agama Rakyat Orang Asli,Kg Kenang Sg.Siput di Kompleks Islam Darul Ridzuan Ipoh. Van tersebut adalah sumbangan dari dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan MAIPk yang telah dilancarkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 07 April 2016 yang lalu.
 
IPOH, 07 April 2016: Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menganjurkan Majlis Pelancaran Waqaf Perak Ar-Ridzuan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Majlis yang dianjurkan oleh MAIPk ini disempurnakan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Majlis ini turut dihadiri Menteri Besar Perak, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, serta agensi-agensi kerajaan dan swasta.