Bab 'amal selepas mati
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِذَا مَاتَ الانْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ
اِلا مِنْ ثَلاثَةٍ اِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ
أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya
kecuali tiga, sedekah jariah,
atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab mendoakan orang yang memberi sedekah
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ أَبِى أَوْفَى قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
اِذَا اَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ
اَللهُمْ صَلِّ عَلَيْهِمْ فَأَتَاهُ أَبِى أَبُوْ أَوْ فَى بِصَدَقَتِهِ
فَقَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَى الِ أَبِى أَوْ فَى
Dari Abdullah bin Aufa r.a katanya:
Apabila satu kaum datang membawa sedekah mereka
Beliau mendoakan : "Ya Allah, Berilah mereka rahmat"
Abu Aufa datang membawa sedekahnya lalu beliau mendoakan
"Ya Allah , berilah keluarga Abu Aufa rahmat."
Hadis sahih riwayat Muslim