WAKAF ILMU - PROGRAM CREATIVITY IN MATHEMATICS EDUCATION



2
2 Mac 2018, Teluk Intan - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk, telah mengadakan satu Bengkel “Creativity In Mathematics Education” di bawah Wakaf Ilmu Program MUMTAZ, Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR).

Program ini dikendalikan oleh Pakar Matematik yang terkenal, Puan Teoh Poh Yew daripada Creative Wizard Sdn. Bhd. dan ianya merupakan program kedua yang dijalankan bersama Puan Teoh setelah program pertama yang dijalankan pada bulan Ogos 2017 untuk guru-guru tingkatan 1 Daerah Kinta Utara, mendapat sambutan yang baik.

Bengkel “Creativity in Mathematics Education” ini bermatlamat memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan kaedah pengajaran mata pelajaran Matematik yang lebih berkesan untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut bersesuaian dengan abad ke-21 ini dimana para guru ditugaskan untuk mendidik dan mengajar murid mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan juga cara untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

  • _DSC0282
  • _DSC0327
  • _DSC0342
  • _DSC0408
  • _DSC0412
  • _DSC0607
  • _DSC0812
  • _DSC0822


Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (No. MDTM/OSC/PS (S)/12293/05/16)) daripada Majlis Daerah Tanjung Malim pada 21 November 2017. Majlis Penyerahan Kunci telah diadakan di perkarangan Bazar Wakaf Behrang pada 3 Mei 2018 kepada pengerusi Masjid Al-Hidayah Bandar Behrang 2020, Slim River dan 6 unit premis sedia untuk disewa.


  • DSC_0218
  • DSC_0235
  • DSC_0237
  • WhatsApp Image 2018-05-03 at 2.18



MAJLIS PENYERAHAN BOT WAQAF PERAK AR-RIDZUAN
OLEH UniKL MIMET KEPADA MAIPk


Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) merupakan suatu inisiatif Majlis Agama Islam     dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk menghidupkan kembali amalan berwakaf secara tunai melalui kaedah kutipan serta pengurusan wakaf yang lebih sistematik. Semua hasil sumbangan wakaf dikumpulkan dalam satu tabung dan diagihkan dalam bentuk projek-projek berimpak tinggi untuk umat Islam.  

Bot-bot yang telah siap akan diserahkan kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang dipilih. PNK tersebut akan menyewakan bot kepada nelayan (tekong) yang merupakan ahli persatuan yang mempunyai kemahiran mengendalikan bot. Sebahagian hasil sewaan akan digunakan untuk penyelenggaraan bot dan sebahagian lagi akan dijadikan dana modal pusingan untuk membina bot wakaf baru.

  • _DSC000010
  • _DSC0058
  • _DSC0089
  • _DSC0123
  • _DSC0143
  • _DSC0181


WAKAF ILMU - PROGRAM CREATIVITY IN MATHEMATICS EDUCATION


IPOH – Komitmen berterusan daripada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam meneruskan aktiviti di bawah Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) menunjukkan kesungguhan MAIPk dalam membudayakan wakaf di Negeri Perak.

Pada 21 dan 22 Ogos 2017, seramai 60 orang peserta dikalangan Guru Matematik Tingkatan Satu Sekolah-sekolah Daerah Kinta telah menyertai Kursus “Creativity in Mathematics Education” yang dianjurkan di bawah Wakaf Ilmu Program Mumtaz, Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Bagi program kali ini, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara dan Bahagian Pendidikan, JAIPk. Program ini dikendalikan oleh Pakar Matematik yang terkenal, Puan Teoh Poh Yew daripada Creative Wizard Sdn. Bhd. dan ianya merupakan program MUMTAZ pertama yang melibatkan penyertaan dikalangan tenaga pengajar.

Kursus “Creativity in Mathematics Education”ini bermatlamat memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan kaedah pengajaran matapelajaran Matematik yang lebih berkesan untuk menarik minat pelajar terhadap matapelajaran tersebut bersesuaian dengan abad ke-21 inidimana para guru ditugaskan untuk mendidik dan mengajar murid mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan juga cara untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Hajah Wan Maizura binti Hj Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), MAIPk.Turut hadir ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Tuan Haji Abdul Aziz bin Mat Jais, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Ust Ahmad Munawir bin Sallehuddin dan Pegawai-Pegawai MAIPk

 

  • 4
  • Portal


Pengkalan Hulu, 23  April 2017 (Ahad) - Seramai 100 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 dari 15 buah sekolah di daerah Hulu Perak telah menyertai Program Jaya SPM 2017 di bawah  Projek Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) iaitu Wakaf Ilmu-Mumtaz. Program ini merupakan program kali ke-5 yang telah berjaya dilaksanakan semenjak WPAR dilancarkan pada 7 April 2016.

Para peserta terdiri daripada pelajar yang berada ditahap sederhana dalam pembelajaran di sekolah. Program ini telah memberi pendedahan tentang pemahaman yang lebih mendalam mengenai teknik menjawap soalan peperiksaan dengan betul serta motivasi jati diri kepada pelajar untuk berjaya dalam kehidupan. Para penceramah terdiri daripada guru-guru yang cemerlang dan berpengalaman. Dengan tunjuk ajar yang diberikan, para peserta dapat meningkatkan prestasi dalam pembelajaran dan mendidik diri untuk menjadi ummah yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam pada 21hb  sehingga 23hb April 2017 di Rumah Rehat Kroh Inn melibatkan kerjasama antara Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Encik Amirudin Bin Osman, Pegawai Baitulmal Daerah Gerik MAIPk yang turut dihadiri oleh En Nasarudin bin Abd Rahman, Timbalan Pegawai Pendidikan Hulu Perak serta pegawai-pegawai PPD Hulu Perak dan Pegawai MAIPk.







Halaman 1 dari 5