PENGENALAN

Pewujudan Enakmen Wakaf (Perak)2015 yang berkuatkuasa mulai 12 Februari 2016 ini adalah satu titik baru di dalam pentadbiran wakaf di Negeri Perak kerana melalui Enakmen ini, MAIPk mempunyai kuasa yang lebih jelas di dalam mentadbir harta wakaf serta pelbagai kaedah dan instrumen wakaf kini boleh dilaksanakan oleh MAIPk menurut undang- undang berkenaan.

Persidangan Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak Kali Ke-193 pada 18 Disember 2015 telah bersetuju menubuhkan dana wakaf yang dinamakan sebagai "Waqaf Perak Ar-Ridzuan" serta menetapkan beberapa projek yang akan dilaksanakan.Kutipan dana Waqaf Perak Ar- Ridzuan akan memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa sumbangan wakaf akan digunakan mengikut niat pewakaf untuk membiayai projek wakaf yang dipilih oleh pewakaf.


VISI DAN MISI WPAR

Visi : Menjadi Institusi Wakaf Yang Unggul dan Berintegriti Berlandaskan Kepada Al-Quran dan As- Sunnah
Misi : Memperkasakan Institusi Wakaf Demi Kelestarian Aset Wakaf Serta Kesejahteraan Dan Kemajuan Ummah

 

PENGERTIAN LOGO 
Warna emas melambangkan bahawa nilai wakaf yang disumbangkan itu kekal sepanjang zaman dan mampu memberikan nilai yang tinggi kepada penyumbang.
  Menandakan usaha yang berterusan serta istiqamah pihak MAIPk dalam menjayakan amanah yang diberikan oleh ummah tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan kekal di tengah paksi yang berlandaskan syariat.

Tulisan ini diletakkan dibawah dengan maksud semua hasil yang diterima melalui WAKAF akan dinikmati oleh seluruh rakyat Negeri Perak.
Nilai kesenian Islam yang kontemporari menunjukkan bahawa WAQAF kekal relevan mengikut perubahan zaman. 7 titik warna hitam pada ejaan PERAK membawa maksud projek- projek wakaf yang dijalankan. 3 titik warna kuning melambangkan Institusi Diraja yang memayungi seluruh rakyat negeri Perak yang dipimpin oleh Sultan, Raja Muda dan Raja Dihilir.