WAKAF BOT
(Keperluan Dana RM 5 Juta)



WAKAF BOT

Wakaf Bot bermatlamat untuk meningkatkan taraf kehidupan dan ekonomi golongan nelayan terutamanya nelayan pesisiran pantai. WPAR akan menyediakan bot dan kelengkapannya termasuk engin dan pukat serta sonar bagi membolehkan para nelayan menerokai ke kawasan laut yang lebih dalam dan boleh meningkatkan hasil tangkapan.

Anggaran untuk projek wakaf bot ini adalah RM5 Juta.


WAKAF PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN ILMU AL-QURAN DI NEGERI PERAK

WPAR berhasrat untuk menyebar luas ilmu Al-Quran dalam kehidupan ummah melalui pembelajaran, pengajian, pemahaman, penghayatan dan pengaplikasian ilmu al-Quran tanpa mengira sempadan usia. Di penghujungnya, ianya bukan sekadar berjaya mewujudkan ummah yang menguasai dan membudayakan Al-Quran dalam kehidupan bahkan melahirkan tenaga daie yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran ilmu al-Quran.

Kos

Untuk projek wakaf ini memerlukan sebanyak RM 5 Juta

WAKAF ILMU - PROGRAM MUMTAZ(TUISYEN PERCUMA UNTUK KECEMERLANGAN PELAJAR SEKOLAH) DAN PEMBELAJARAN ICT

Bagi mengurangkan jurang pencapaian akademik antara pelajar luar bandar dengan yang di bandar, WPAR akan menyediakan kelas bimbingan dan latihan intensif dengan penumpuan kepada subjek teras untuk meningkatkan pencapaian akademik di dalam peperiksaan utama pada peringkat rendah dan menengah. Kelas akan dijalankan di masjid atau surau terpilih dan dikendalikan oleh guru-guru pakar di seluruh daerah. Program ini juga diperluaskan kepada pengetahuan serta kemahiran ICT seiring dengan keperluan kemahiran berfikir tahap tinggi di kalangan pelajar.

Kos untuk projek wakaf MUMTAZ ialah RM 10 JUTA

Pusat hemodialisis wakaf dirancangkan untuk dibangunkan di setiap daerah bertujuan memberi akses dan kemudahan rawatan dialisis bagi menampung keperluan pesakit yang semakin meningkat. Dana terkumpul akan digunakan untuk pembinaan pusat rawatan, penyediaan kemudahan dan peralatan termasuk mesin dialisis. Usaha ini digerakkan bagi membantu meringankan bebanan kos rawatan yang semakin meningkat dan sekaligus sebagai usaha murni membantu ummah yang memerlukan.

 

KOS BAGI MEMBANGUNKAN PUSAT DIALISIS INI ADALAH RM10,000,000.00 (tidak termasuk mesin dialisis)


Bagi mengatasi keperluan mendesak penempatan bagi pelajar-pelajar USAS yang kini berjumlah lebih 4000 orang, WPAR mengambil inisiatif untuk menampung kekurangan tersebut dengan membina dua blok bangunan kediaman yang mampu menampung seramai 720 pelajar. Pada masa ini, kerja-kerja awalan telah dijalankan di tapak pembinaan berhampiran Kampus USAS.

DANA YANG DIPERLUKAN ADALAH 15,000,000.00 juta.