Maybank Islamic Berhad akan memadankan setiap RM1 yang disumbangkan oleh orang ramai melalui M2U dengan RM1 yang lain. Ini adalah untuk memberi motivasi dan insentif kepada orang ramai untuk membuat sebanyak mungkin sumbangan kerana bagi setiap RM1 mereka dermakan, Maybank Islamic Berhad akan menambah RM1 yang lain.

Berikut adalah cara-cara berwakaf menggunakan Maybank2U

Majlis Pelancaran Waqaf Perak Ar-Ridzuan




Waqaf Perak aR-Ridzuan 2016




Pelancaran WPAR dan Cara Berwakaf

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari portal rasmi Waqaf Perak Ar-Ridzuan, Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk).

Portal Waqaf Perak Ar-Ridzuan ini dibangunkan sebagai medium untuk memberikan kepada anda maklumat yang jelas dan terkini berkaitan program-program di bawah dana Wakaf Perak Ar-Ridzuan yang dilaksanakan oleh pihak MAIPk selaku pemegang amanah wakaf di Negeri Perak Darul Ridzuan. Ia juga menyediakan platform untuk berwakaf mengikut pilihan jenis-jenis projek yang telah dikenalpasti dan akan dilaksanakan apabila dana wakaf berkenaan mencukupi.

Adalah menjadi harapan saya agar kemudahan berwakaf yang disediakan melalui portal ini dan ketelusan penyebaran maklumat berkaitan kegunaan dana yang diwakafkan dapat membantu memudahkan urusan dan meningkatkan keyakinan semua pihak terutamanya para pewakaf. Sesungguhnya, MAIPk amat komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan sentiasa berusaha memperkasakan sosio ekonomi ummah melalui wadah wakaf.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi portal Wakaf Perak Ar-Ridzuan.


Salam hormat,

Dato' Dr. Amiruddin bin Muhamed
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak
Carta Organisasi Bahagian Hartanah dan Pelaburan


PENGENALAN

Pewujudan Enakmen Wakaf (Perak) 2015 yang berkuatkuasa mulai 12 Februari 2016 ini adalah satu titik baru di dalam pentadbiran wakaf di Negeri Perak kerana melalui Enakmen ini, MAIPk mempunyai kuasa yang lebih jelas di dalam mentadbir harta wakaf serta pelbagai kaedah dan instrumen wakaf kini boleh dilaksanakan oleh MAIPk menurut undang- undang berkenaan.

Persidangan Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak Kali Ke-193 pada 18 Disember 2015 telah bersetuju menubuhkan dana wakaf yang dinamakan sebagai "Waqaf Perak Ar-Ridzuan" serta menetapkan beberapa projek yang akan dilaksanakan.Kutipan dana Waqaf Perak Ar- Ridzuan akan memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa sumbangan wakaf akan digunakan mengikut niat pewakaf untuk membiayai projek wakaf yang dipilih oleh pewakaf.


VISI DAN MISI WPAR

Visi : Menjadi Institusi Wakaf Yang Unggul dan Berintegriti Berlandaskan Kepada Al-Quran dan As- Sunnah
Misi : Memperkasakan Institusi Wakaf Demi Kelestarian Aset Wakaf Serta Kesejahteraan Dan Kemajuan Ummah

 

PENGERTIAN LOGO 
Warna emas melambangkan bahawa nilai wakaf yang disumbangkan itu kekal sepanjang zaman dan mampu memberikan nilai yang tinggi kepada penyumbang.
  Menandakan usaha yang berterusan serta istiqamah pihak MAIPk dalam menjayakan amanah yang diberikan oleh ummah tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan kekal di tengah paksi yang berlandaskan syariat.

Tulisan ini diletakkan dibawah dengan maksud semua hasil yang diterima melalui WAKAF akan dinikmati oleh seluruh rakyat Negeri Perak.
Nilai kesenian Islam yang kontemporari menunjukkan bahawa WAQAF kekal relevan mengikut perubahan zaman. 7 titik warna hitam pada ejaan PERAK membawa maksud projek- projek wakaf yang dijalankan. 3 titik warna kuning melambangkan Institusi Diraja yang memayungi seluruh rakyat negeri Perak yang dipimpin oleh Sultan, Raja Muda dan Raja Dihilir.