Sub-kategori










Tajuk : Program Kelas Tadabbur Al-Quran

Tarikh : 21 Mei 2019 (Selasa)
Tempat : Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah
Program ini telah dirasmikan oleh
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni  Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan turut dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurlah

OBJEKTIF PROGRAM:-

i   Membolehkan masyarakat mempelajari ilmu Al-Quran dan pemahaman tafsirnya secara meluas dengan pelaksanaan program di semua Jabatan/organisasi /institusi di seluruh Negeri Perak;

ii.    Menjadi medium untuk program/kaedah pengajaran yang membolehkan setiap ummah memahami dan menghayati peringatan, pelajaran dan kebenaran yang terkandung di dalam Al-Quran untuk diaplikasikan dalam kehidupan bagi bekalan akhirat; dan

iii.     Mencetus rasa ’izzah terhadap Al-Quran melalui disiplin ilmu kemukjizatan Al-Quran.

 

 

KONSEP PROGRAM

i.      Pelaksanaan program ini dibuat melalui kelas pengajian secara berjadual di setiap agensi / organisasi. Pemilihan masa dan hari adalah mengikut kesesuaian dan ditentukan oleh Ketua Jabatan/ Organisasi. Setiap kelas mengambil masa 30 minit.

ii.    Program ini akan melibatkan semua institusi masjid dan surau serta semua agensi kerajaan termasuk sekolah dan agensi swasta yang berminat, di samping kerjasama dengan organisasi kebajikan dan Pusat Komuniti yang mempunyai pelanggan dari kalangan masyarakat setempat seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pusat komuniti yang lain.

iii.   Modul program ini adalah berdasarkan kepada Ayat-Ayat Kauniyah (Kemukjizatan Al-Quran) yang diperakukan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak.

  • A
  • B
  • Banner
  • C

KERJA-KERJA PEMBINAAN PUSAT HEMODIALISIS WAKAF






PROGRESS TERKINI PUSAT HEMODIALISIS WAKAF - JULAI 2019



  • hemo 1
  • hemo 2
  • hemo 3
  • hemo 4
  • hemo 5
  • hemo 6


WAKAF ILMU - PROGRAM CREATIVITY IN MATHEMATICS EDUCATION



2
2 Mac 2018, Teluk Intan - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk, telah mengadakan satu Bengkel “Creativity In Mathematics Education” di bawah Wakaf Ilmu Program MUMTAZ, Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR).

Program ini dikendalikan oleh Pakar Matematik yang terkenal, Puan Teoh Poh Yew daripada Creative Wizard Sdn. Bhd. dan ianya merupakan program kedua yang dijalankan bersama Puan Teoh setelah program pertama yang dijalankan pada bulan Ogos 2017 untuk guru-guru tingkatan 1 Daerah Kinta Utara, mendapat sambutan yang baik.

Bengkel “Creativity in Mathematics Education” ini bermatlamat memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan kaedah pengajaran mata pelajaran Matematik yang lebih berkesan untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut bersesuaian dengan abad ke-21 ini dimana para guru ditugaskan untuk mendidik dan mengajar murid mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan juga cara untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

  • _DSC0282
  • _DSC0327
  • _DSC0342
  • _DSC0408
  • _DSC0412
  • _DSC0607
  • _DSC0812
  • _DSC0822


MAJLIS PENYERAHAN BOT WAQAF PERAK AR-RIDZUAN
OLEH UniKL MIMET KEPADA MAIPk


Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) merupakan suatu inisiatif Majlis Agama Islam     dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk menghidupkan kembali amalan berwakaf secara tunai melalui kaedah kutipan serta pengurusan wakaf yang lebih sistematik. Semua hasil sumbangan wakaf dikumpulkan dalam satu tabung dan diagihkan dalam bentuk projek-projek berimpak tinggi untuk umat Islam.  

Bot-bot yang telah siap akan diserahkan kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang dipilih. PNK tersebut akan menyewakan bot kepada nelayan (tekong) yang merupakan ahli persatuan yang mempunyai kemahiran mengendalikan bot. Sebahagian hasil sewaan akan digunakan untuk penyelenggaraan bot dan sebahagian lagi akan dijadikan dana modal pusingan untuk membina bot wakaf baru.

  • _DSC000010
  • _DSC0058
  • _DSC0089
  • _DSC0123
  • _DSC0143
  • _DSC0181


WAKAF ILMU - PROGRAM CREATIVITY IN MATHEMATICS EDUCATION


IPOH – Komitmen berterusan daripada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam meneruskan aktiviti di bawah Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) menunjukkan kesungguhan MAIPk dalam membudayakan wakaf di Negeri Perak.

Pada 21 dan 22 Ogos 2017, seramai 60 orang peserta dikalangan Guru Matematik Tingkatan Satu Sekolah-sekolah Daerah Kinta telah menyertai Kursus “Creativity in Mathematics Education” yang dianjurkan di bawah Wakaf Ilmu Program Mumtaz, Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Bagi program kali ini, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara dan Bahagian Pendidikan, JAIPk. Program ini dikendalikan oleh Pakar Matematik yang terkenal, Puan Teoh Poh Yew daripada Creative Wizard Sdn. Bhd. dan ianya merupakan program MUMTAZ pertama yang melibatkan penyertaan dikalangan tenaga pengajar.

Kursus “Creativity in Mathematics Education”ini bermatlamat memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan kaedah pengajaran matapelajaran Matematik yang lebih berkesan untuk menarik minat pelajar terhadap matapelajaran tersebut bersesuaian dengan abad ke-21 inidimana para guru ditugaskan untuk mendidik dan mengajar murid mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan juga cara untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Hajah Wan Maizura binti Hj Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), MAIPk.Turut hadir ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Tuan Haji Abdul Aziz bin Mat Jais, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Ust Ahmad Munawir bin Sallehuddin dan Pegawai-Pegawai MAIPk

 

  • 4
  • Portal


Halaman 1 dari 5