Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari portal rasmi Waqaf Perak Ar-Ridzuan, Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk).

Portal Waqaf Perak Ar-Ridzuan ini dibangunkan sebagai medium untuk memberikan kepada anda maklumat yang jelas dan terkini berkaitan program-program di bawah dana Wakaf Perak Ar-Ridzuan yang dilaksanakan oleh pihak MAIPk selaku pemegang amanah wakaf di Negeri Perak Darul Ridzuan. Ia juga menyediakan platform untuk berwakaf mengikut pilihan jenis-jenis projek yang telah dikenalpasti dan akan dilaksanakan apabila dana wakaf berkenaan mencukupi.

Adalah menjadi harapan saya agar kemudahan berwakaf yang disediakan melalui portal ini dan ketelusan penyebaran maklumat berkaitan kegunaan dana yang diwakafkan dapat membantu memudahkan urusan dan meningkatkan keyakinan semua pihak terutamanya para pewakaf. Sesungguhnya, MAIPk amat komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan sentiasa berusaha memperkasakan sosio ekonomi ummah melalui wadah wakaf.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi portal Wakaf Perak Ar-Ridzuan.


Salam hormat,

Dato' Dr. Amiruddin bin Muhamed
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak