IPOH, 07 April 2016: Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) menganjurkan Majlis Pelancaran Waqaf Perak Ar-Ridzuan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Majlis yang dianjurkan oleh MAIPk ini disempurnakan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Majlis ini turut dihadiri Menteri Besar Perak, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, serta agensi-agensi kerajaan dan swasta.