HASIL TANGKAPAN PERTAMA BOT WAQAF PERAK AR-RIDZUAN


Para nelayan telah mula beroperasi menggunakan bot wakaf sumbangan anda. Terima kasih kepada para pewakaf.

  • A
  • B
  • C
  • D




MAJLIS PENYERAHAN BOT WAQAF PERAK AR-RIDZUAN

OLEH UniKL MIMET KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK


TARIKH          : 21 DISEMBER 2017 ( Khamis )

MASA             : 3:00 petang

TEMPAT        : UNIKL Mimet, Manjung

Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) merupakan suatu inisiatif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk menghidupkan kembali amalan berwakaf secara tunai melalui kaedah kutipan serta pengurusan wakaf yang lebih sistematik. Semua hasil sumbangan wakaf dikumpulkan dalam satu tabung dan diagihkan dalam bentuk projek-projek berimpak tinggi untuk umat Islam.

Bot-bot yang telah siap akan diserahkan kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang dipilih. PNK tersebut akan menyewakan bot kepada nelayan (tekong) yang merupakan ahli persatuan yang mempunyai kemahiran mengendalikan bot. Sebahagian hasil sewaan akan digunakan untuk penyelenggaraan bot dan sebahagian lagi akan dijadikan dana modal pusingan untuk membina bot wakaf baru.

Info

  • Merupakan bot wakaf pertama dibina di bawah Program Waqaf Perak Ar-Ridzuan hasil sumbangan orang ramai
  • MeMepunyai ukuran saiz 30 kaki panjang 8 kaki lebar serta dilengkapi dengan enjin bot 115hp dan 40hp, pukat, garmin, marine robot dll
  • Penyumbang Waqaf Perak Ar-Ridzuan layak mendapat potongan bagi maksud pengiraan cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967



  • _DSC000010
  • _DSC0058
  • _DSC0089
  • _DSC0123
  • _DSC0143
  • _DSC0181



Tarikh: 30 November 2017

Bot telah siap sepenuhnya dan siap diuji oleh pihak MIMET

  • A
  • B
  • C
  • Screenshot_20171127-121626



Tarikh: 23 November 2017

Status terkini pembuatan bot - 85% peratus hampir siap

  • A
  • B
  • C
  • D
  • E
  • F



Tarikh: 14 November 2017

Kerja-kerja pembuatan mould sedang dijalankan oleh pihak MIMET

  • IMG-20171113-WA0004
  • IMG-20171113-WA0005
  • IMG-20171113-WA0006
  • IMG-20171113-WA0007
  • IMG-20171113-WA0009
  • IMG-20171113-WA0010


Tarikh : 20 Jun 2017

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf Bil.2/2017 telah meluluskan cadangan pembekalan sebuah bot.  Pihak MAIPk telah melantik pembekal dan pembinaan bot berkenaan mengambil masa 3 bulan.

Tarikh: 10 April 2017

Satu Lawatan Kerja telah diadakan pada 10 April 2017 yang diketuai oleh Dr Amiruddin bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan `Adat Melayu Perak (MAIPk) ke Universiti Kuala Lumpur MIMET (UniKL), Lumut dan Tanjung Serantau, Tanjung Kepah Lekir bagi merealisasikan Projek Wakaf Bot – Waqaf Perak Ar-Ridzuan.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi membincangkan tentang cadangan pembinaan bot menangkap ikan untuk kegunaan nelayan-nelayan kawasan Manjung Selatan.

Pada tahun ini, pihak MAIPk merancang untuk menyediakan sebuah bot akan diserahkan kepada Persatuan Nelayan Kawasan Manjung Selatan. 

Lawatan ke UniKL MIMET

  • Picture1
  • Picture2
  • Picture3
  • Picture4
  • Picture5
  • Picture6


Lawatan ke Tanjung Serantau, Tanjung Kepah Lekir

  • Picture10
  • Picture7
  • Picture8
  • Picture9


Tarikh: 5 Januari 2017

Satu lawatan kerja ke Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan Manjung Selatan telah diadakan pada 5 Januari 2017. Fokus utama lawatan pihak MAIPk ini adalah bertujuan untuk mendapatkan penerangan terperinci daripada pihak Persatuan nelayan mengenai pengurusan dan keadaan nelayan di kawasan Manjung Selatan.

MAIPk yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Amiruddin bin Muhamed turut menerangkan kepada pihak persatuan berkenaan Waqaf Perak Ar-Ridzuan dan khususnya 
 projek Wakaf Bot

Diharapkan pertemuan kali ini diberkati oleh Allah SWT,dan pada akhirnya akan ada sinar kepada para nelayan yang akan menerima manfaat hasil daripada projek wakaf bot nanti.



  • Picture11
  • Picture12
  • Picture13




STATUS SEMASA PROJEK: APRIL 2019

  • WBC 11
  • WBC 13





STATUS SEMASA PROJEK: MAC 2019

  • WBC 10
  • WBC 9




STATUS SEMASA PROJEK: FEBRUARI 2019

  • WBC 5
  • WBC 7




STATUS SEMASA PROJEK: JANUARI 2019

  • WBC 1
  • WBC 2
  • WBC 3
  • WBC 4



CADANGAN PEMBINAAN WAQF BUSINESS CENTRE (WBC) / PUSAT PERNIAGAAN WAKAF

W
aqf Business Centre (WBC) sedang dibina di atas tanah wakaf Lot 95108, Persiaran Pulai Jaya, Bandar Pulai Jaya, Daerah Kinta. Kerja pembinaan melibatkan 2 unit kedai berukuran 10’ x 20’ kaki setiap satu, 3 unit bazar berukuran 10’ x 14’ kaki setiap satu dan 5 kiosk perniagaan berukuran 8’ x 8’ kaki setiap satu dengan anggaran keseluruhan projek bernilai RM400 ribu. Diharap projek ini dapat disempurnakan pembinaannya bagi memberi ruang peniaga-peniaga kecil sedia ada mempunyai permis perniagaan yang lebih selesa dan kondusif.

  • Pelan 2
  • Pelan 3
  • Pelan 4
  • Pelan








Halaman 2 dari 2