KUALA KANGSAR - Majlis Agama Islam dan - Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Cek Dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) kepada Masjid Ar-Rahmah,Kg Bendang Kering.

Majlis yang bermakna ini turut diserikan dengan kehadiran Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, Y.A. Bhg. Dato' Seri Haji Wan Fadzir Bin Haji Wan Hussain,Ketua Pegawai Eksekutif Maipk Dr.Amiruddin Bin Muhamed dan Pegawai Daerah Kuala Kangsar Tuan Haji Mior Mohamad Jamil Bin Mior Zakaria

Majlis ini dimulakan dengan sesi pengenalan mengenai wakaf dan dana WPAR yang disampaikan oleh Pengurus Baitulmal Daerah Kuala Kangsar, Encik Suhaimi bin Yusoff. Majlis diteruskan dengan ucapan Y.A. Bhg Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar dan seterusnya menyempurnakan majlis penyerahan cek berjumlah RM 100 ribu kepada pihak Masjid Ar-Rahmah.

Majlis yang bermakna ini turut dihadiri Pengurus Unit Pembangunan Ummah MAIPk Encik Zul Azri bin Hosaini, pegawai-pegawai MAIPk dan ahli jemaah masjid.

Â