Tajuk : Program Kelas Tadabbur Al-Quran
Tarikh : 21 Mei 2019 (Selasa)
Program ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan turut dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurlah
OBJEKTIF PROGRAM:-
i Membolehkan masyarakat mempelajari ilmu Al-Quran dan pemahaman tafsirnya secara meluas dengan pelaksanaan program di semua Jabatan/organisasi /institusi di seluruh Negeri Perak;
ii. Menjadi medium untuk program/kaedah pengajaran yang membolehkan setiap ummah memahami dan menghayati peringatan, pelajaran dan kebenaran yang terkandung di dalam Al-Quran untuk diaplikasikan dalam kehidupan bagi bekalan akhirat; dan
iii. Mencetus rasa ’izzah terhadap Al-Quran melalui disiplin ilmu kemukjizatan Al-Quran.
KONSEP PROGRAM
i. Pelaksanaan program ini dibuat melalui kelas pengajian secara berjadual di setiap agensi / organisasi. Pemilihan masa dan hari adalah mengikut kesesuaian dan ditentukan oleh Ketua Jabatan/ Organisasi. Setiap kelas mengambil masa 30 minit.
ii. Program ini akan melibatkan semua institusi masjid dan surau serta semua agensi kerajaan termasuk sekolah dan agensi swasta yang berminat, di samping kerjasama dengan organisasi kebajikan dan Pusat Komuniti yang mempunyai pelanggan dari kalangan masyarakat setempat seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pusat komuniti yang lain.
iii. Modul program ini adalah berdasarkan kepada Ayat-Ayat Kauniyah (Kemukjizatan Al-Quran) yang diperakukan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak.
Tajuk : Program Baca-Tulis-Quran (BTQ) Muallaf
Tarikh : 20 hingga 23 Mac 2017 ( 4 hari 3 malam)
Tempat : Pusat Motivasi Mawaddah, Batu Kurau
Peserta : 40 orang dikalangan asnaf muallaf dari Taiping,Parit Buntar, Bagan Serai, Ipoh dan Manjung.
Kerjasama : Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK)
Program Baca-Tulis-Quran (BTQ) Orang Asli
Tarikh : 19 sehingga 22 Disember 2016 ( 4 hari 3 malam)
Tempat : Felda Resident Trolak, Sungkai
Peserta : 40 orang peserta dikalangan orang asli dari tiga buah daerah iaitu Batang Padang, Mualim, Hilir Perak
Kerjasama : Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) serta Centre Quranic Research Universiti Malaya (CQR UM).
Kursus Latihan Tenaga Pengajar Ilmu Al-Quran
Tempat : Institut Latihan Pegawai Awam (ILPA), Ipoh
Peserta : 43 orang (mubaligh dan pengerak seluruh negeri Perak)
Kerjasama : Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK)
PROGRESS TERKINI WAKAF PUSAT HEMODIALISIS
JULAI 2019
APRIL 2019
Progress terkini pembinaan Pusat Hemodialisis sehingga April 2019
OKTOBER 2018
Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan permohonan zonning Pusat Hemodialisis Wakaf yang pertama di Masjid Alang Iskandar Shah, Kg. Dato Seri kamaruddin, Manjung. bangunan Pusat Hemodialisis ini berkeluasan 584.2 kaki persegi, lengkap dengan semua kemudahan dan peralatan yang diperlukan. Untuk permulaan sebanyak 12 mesin dialisis akan disediakan yang mana dianggarkan boleh menampung sehingga 36 pesakit sehari. Kerja-kerja pembinaan Pusat Hemodialisis akan dijalankan oleh Z.R Construction Sdn. Bhd. bermula pada bulan Oktober 2018 dan dijangka siap pada bulan Mac 2020.
Nama syarikat yang dilantik : Z.R Construction Sdn. Bhd.
Tarikh lantikan : 17 Oktober 2018
Tarikh mula kerja : 17 Oktober 2018
Tarikh jangka siap : 11 Mac 2020 (72 minggu)
MEI 2018
MAIPk telah mendapat kelulusan untuk Menubuhkan atau Menyenggarakan Kemudahan atau Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kewangan Malaysia pada 14 Februari 2018.
JUN 2017
MAIPk dengan kerjasama Kumpulan Perubatan Ar-Ridzuan bercadang untuk menubuhkan Pusat Hemodialisis Wakaf di setiap daerah di negeri Perak melalui dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR).Sebagai permulaan, daerah Manjung dipilih untuk menjadi projek perintis pembinaan Pusat Hemodialisis Wakaf atas faktor kepadatan penduduk yang tinggi, statistik bilangan pesakit buah pinggang dan pengangkutan awam yang baik.Kos pembinaan, pembelian kelengkapan dan peralatan rawatan pusat hemodialisis ini akan menggunakan seratus peratus (100%) dana wakaf secara tunai yang disumbangkan oleh orang ramai dan badan korporat. Operasi pusat dialisis ini pula akan dikendalikan oleh Kumpulan Perubatan Ar-Ridzuan Sdn Bhd yang berpengalaman dalam menguruskan pusat hemodialisis.Penubuhan Pusat Hemodialisis Wakaf ini dijangka dapat menampung keperluan dan permintaan untuk rawatan hemodialisis sejajar dengan peningkatan bilangan pesakit terutamanya yang dibiayai oleh MAIPk di bawah sumber zakat pada setiap tahun. Menurut maklumat yang diperolehi daripada Hospital Seri Manjung, sehingga bulan Disember 2016 seramai 60 orang pesakit masih menunggu giliran untuk menerima rawatan dialisis di dalam daerah berkenaan. Justeru itu, Pusat Hemodialisis Wakaf ini juga dijangka dapat menampung keperluan rawatan dialisis kepada pesakit-pesakit tersebut.
Jadual 1:
Data agihan zakat bagi perbelanjaan rawatan hemodialisis MAIPk
• Penurunan bilangan disebabkan ada penerima telah meninggal dunia
TAPAK CADANGAN PEMBINAAN PUSAT HEMODIALISIS
Dibina di 4 lot tanah seperti berikut:
·
Projek pertama di bawah Wakaf Bangunan Kediaman Pelajar ialah Bangunan Kediaman Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Kutipan wakaf bagi projek ini diserahkan kepada USAS bagi pembelian Bangunan Kediaman Pelajar Fasa 2 (bersebelahan Dewan Penginapan Mahasiswa DPM MAIPk) yang mana RM5 juta sumbangan wakaf daripada Maybank Islamic telah diserahkan kepada USAS pada 14 Mei 2018.
WAKAF ILMU PROGRAM MUMTAZ,
Tarikh : 22 Mac 2018
Tajuk : Creativity In Mathematics Education
Tempat : Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk,
Bil.Peserta : 56 Orang
Kerjasama :Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak
____________________________________________________________________________________________________________________
KURSUS “CREATIVITY IN MATHEMATICS EDUCATION”
WAKAF ILMU PROGRAM MUMTAZ,
Tarikh : 21 - 22 Ogos 2017
Tajuk : Creativity In Mathematics Education
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Ipoh
Bil.Peserta : 60 Orang
Kerjasama :Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara dan Bahagian Pendidikan JAIPk
____________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 21 - 23 April 2017
Tajuk : Program Jaya SPM 2017
Tempat : Rumah Rehat Kroh Inn, Pengkalan Hulu
Bil.Peserta : 100 orang
Kerjasama :Pejabat Pendidikan Daerah Pengkalan Hulu
Tarikh : 8 April 2017
Tajuk : Program Pintar Akademik Wakaf Ilmu - Mumtaz
Tempat :Pusat Pintar Sains dan Matematik
Bil.Peserta : 37 orang
Kerjasama : Pusat Pintar Sains dan Matematik (PPSM) Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP)
Tarikh : 29hb – 31hb Julai 2016
Tajuk Program : Seminar Kecemerlangan UPSR 2016
Tempat :UniversitiPendidikan Sultan Idris, TanjungMalim
Bil.Peserta : 121 orang
Kerjasama :Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB)
Tarikh : 23hb -25hb Sept 2016
Tajuk Program : PerkampunganIlmu SPM 2016
Tempat: Virgo Batik Resort, Lumut
Bil.Peserta : 113 orang
Kerjasama :PejabatPendidikan Daerah Manjung
Tarikh : 06hb - 08hb Disember 2016
Tajuk Program : Program Bahasa Inggeris bagi pelajar lepasan SPM 2016
Tempat: SMK Abu Bakar Al Baqir, BaganSerai
Bil.Peserta : 60 orang
Kerjasama : Scye Global Education danPejabatPendidikan Daerah Kerian
- Mula
- Seterusnya
- 1
- 2
- Seterusnya
- Tamat