Perkembangan Projek Wakaf Bangunan Kediaman Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Di Kuala Kangsar

Pada tahun 1999 Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menubuhkan sebuah institusi pendidikan yang diberi nama, Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR). Dalam tempoh 1999 sehingga 2016, KISDAR telah menyaksikan perkembangan pesat dan mengalami beberapa perubahan entity sesuai dengan peredaran masa. Mutakkhir, KISDAR telah dinaiktaraf menjadi university penuh berkuatkuasa 10 Jun 2016 dan dikenali sebagai Universiti Sultan Azlan Shah.


Pada awal penubuhannya, USAS beroperasi di atas sebidang tanah milik MAIPk di Ipoh. Selepas beberapa tahun, operasi USAS berpindah ke tapak kampus yang tersendiri di Kuala Kangsar. Walaubagaimanapun, antara isu utama  yang dihadapi USAS sehingga kini adalah penempatan dan penginapan pelajar-pelajarnya yang tidak setara dengan pertambahan bilangan pelajar. Jumlah penempatan sedia ada hanya mampu menampung seramai 1500 orang pelajar. Kebanyakan pelajar USAS berasal dari luar daerah Kuala Kangsar dan luar negeri Perak menyebabkan mereka terpaksa menyewa di luar kampus dengan kadar sewa yang tinggi.


Persidangan Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak Kali Ke-193 pada 18 Disember 2015 telah bersetuju menubuhkan dana wakaf yang dinamakan sebagai ”Waqaf Perak Ar-Ridzuan” (WPAR). Selain itu, Persidangan tersebut turut meluluskan beberapa projek yang akan dilaksanakan di bawah WPAR seperti Program Mumtaz, Pembinaan Waqf Business Centre (WBC), Pembinaan Pusat Hemodialisis, Wakaf Perkembangan Ilmu Al-Quran, Wakaf Bot, skim Wakaf Tunai dan Wakaf Pembinaan Bangunan Kediaman Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

MAIPk berpandangan terdapat kewajaran untuk menjadikan Wakaf Pembinaan Bangunan Kediaman Pelajar USAS sebagai satu projek di bawah WPAR berikutan keperluan mendesak untuk penempatan pelajar - pelajar USAS yang kini berjumlah lebih 4000 orang. WPAR mengambil inisiatif untuk menampung kekurangan tersebut dengan membina dua blok (75 unit) bangunan Apartmen 5 tingkat yang mampu menampung seramai 720 pelajar dalam satu-satu masa. Bangunan asrama tersebut dibina bersebelahan dengan kampus utama USAS dan dibangunkan dengan kemudahan serta persekitaran pembelajaran yang selesa selain membantu meringankan beban perbelanjaan pelajar kerana kadar sewaan yang berpatutan.

Projek Pembinaan Bangunan Kediaman Pelajar USAS ini dibina di atas Lot 14120 Mukim Sayung, Daerah Kuala Kangsar dan kerja-kerja pembinaan telah mula dijalankan pada bulan Mac 2016 oleh Sri Kancil Development Sdn. Bhd. Kos projek menelan belanja sebanyak RM15 juta dibiayai melalui dana wakaf di bawah WPAR. Setakat ini penyumbang terbesar projek berkenaan adalah Maybank Islamic dengan jumlah sumbangan sebanyak RM5 juta.

Sehingga Jun 2017, kemajuan projek telah mencapai 90% dan bangunan ini dijangka siap sepenuhnya pada September 2017.


Oktober 2017                  

  • 1A
  • 1C
  • 1D
  • IMG-20171017-WA0026


Ogos 2017                       
  • USAS 1
  • USAS B
  • USAS D
  • USAS


Mac 2017                         
  • usas 1
  • usas 2
  • usas 3
  • usas


Februari 2017                   
  • usas 1
  • usas 2
  • usas


Ogos 2016                        
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • USAS1
  • USAS2
  • USAS3
  • USAS4



April 2016                          
  • IMG_1995
  • IMG_1997
  • IMG_1998
  • IMG_1999