KONSEP
WAQF BUSINESS CENTRE (WBC)/ PUSAT PERNIAGAAN WAKAF, WAQAF PERAK AR-RIDZUAN

Cadangan MAIPk bagi pembinaan WBC yang pertama di Simpang 5, Parit Buntar tidak dapat diteruskan kerana terdapat kekangan dari segi syarat PBT yang mensyaratkan penyerahan sebahagian tanah tapak projek bagi tujuan jalan. Sehubungan itu, MAIPk dan PKEINPk Sdn Bhd (PSB) selaku pengurus projek akan mengenalpasti tapak lain yang sesuai bagi pelaksanaan projek ini.

Bagi memberi gambaran konsep pelaksanaan WBC, berikut adalah contoh WBC di bawah MAIPk menggunakan peruntukan lain yang telah siap dibina dan beroperasi:

WAQF BUSINESS CENTRE (WBC) MASJID AL HIDAYAH, BEHRANG 2020

Di bina  di atas lot 12293, Mukim Hulu Bernam Timur, Daerah Muallim, Perak bersebelahan Masjid Al-Hidayah Bandar Behrang 2020, Slim River. Melibatkan 6 unit permis perniagaan berkeluasan 150 kaki persegi untuk setiap unit.

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (No. MDTM/OSC/PS (S)/12293/05/16)) daripada Majlis Daerah Tanjung Malim pada 21 November 2017. 6 unit premis berkenaan sedang dalam proses kemasukan penyewa.


  • DSC_0218
  • DSC_0235
  • DSC_0237
  • WhatsApp Image 2018-05-03 at 2.18


______________________________________________________________________________________________________________________


CADANGAN PEMBINAAN PUSAT PERNIAGAAN WAKAF / WAQF BUSINESS CENTER (WBC) DI SIMPANG 5, PARIT BUNTAR

MAIPk telah merancang untuk menjalankan satu (1) projek WBC bagi tahun 2017 iaitu di Simpang 5, Parit Buntar. 

Pengurus projek bagi pembinaan WBC adalah PKEINPk Sdn Bhd (PSB).PSB ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan merupakan milikan penuh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak. Tujuan ditubuhkan adalah untuk memperkasakan aset umat Islam di Negeri Perak dengan satu visi untuk menjadi badan korporat yang berdaya saing dalam membangunkan ekonomi Islam, khususnya di Negeri Perak dan kini mengorak langkah lebih jauh dengan menceburi bidang hartanah.