Waqaf Perak Ar-Ridzuan melalui projek Wakaf Ilmu-Program MUMTAZ telah berjaya menjalankan program perintis dengan mengadakan Seminar Kecemerlangan UPSR 2016 bermula dari 29-31 Julai 2016 bertempat di Kampus Sultan Azlan Shah,UPSI.

Program 3 hari 2 malam ini,telah berjaya mengumpulkan 121 orang murid yang dipilih dari kalangan anak-anak asnaf yang tinggal di luar bandar.Seminar kali ini mendapat kerjasama yang sangat baik terutamanya daripada Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat,Persatuan Alumni UPSI dan Majlis Guru Besar Daerah Batang Padang. Sepanjang 3 hari seminar ini berjalan,para peserta telah diberi tunjuk ajar serta tip untuk menjawab soalan peperiksaan yang disampaikan oleh guru-guru pakar.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk, Tuan Mohd Haidi Bin Sulaiman.

TERIMA KASIH PARA PEWAKAF!