KERJA-KERJA PEMBINAAN PUSAT HEMODIALISIS WAKAF






OKTOBER 2018

Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan permohonan zonning Pusat Hemodialisis Wakaf yang pertama di Masjid Alang Iskandar Shah, Kg. Dato Seri kamaruddin, Manjung. bangunan Pusat Hemodialisis ini berkeluasan 584.2 kaki persegi, lengkap dengan semua kemudahan dan peralatan yang diperlukan. Untuk permulaan sebanyak 12 mesin dialisis akan disediakan yang mana dianggarkan boleh menampung sehingga 36 pesakit sehari. Kerja-kerja pembinaan Pusat Hemodialisis akan dijalankan oleh Z.R Construction Sdn. Bhd. bermula pada bulan Oktober 2018 dan dijangka siap pada bulan Mac 2020.

Nama syarikat yang dilantik  :  Z.R Construction Sdn. Bhd.

Tarikh lantikan                       :  17 Oktober 2018

Tarikh mula kerja                   :  17 Oktober 2018

Tarikh jangka siap                 :  11 Mac 2020 (72 minggu)


  • DSC_3202
  • DSC_3212
  • DSC_3222
  • DSC_3231